Saturday, November 21, 2009

DALAM KENANGAN...

Masa dulu...

Mak aku cakap, pantang apa je barang milik aku yang hilang dari pandangan, habis seisi rumah akan dimakinya. Silap sikit yang buat aku menangis, maka habis gakla pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku diherdiknya. Mak aku cakap gak, masa aku dilahirkan, dia sampai cuti beberapa hari untuk menyambut kelahiran cucu sulungnya. Aku dibesarkan betul-betul di depan matanya. Masih terbayang betapa aman dan tenteramnya dibesarkan di kawasan Istana Klang. Macam dalam cerita dulu-dulu berlatar zaman pemerintahan Sultan, macam tu gak la kawasan tu. Jelas terbayang lagi.

Masa dulu..

Usia aku menginjak ke alam kanak-kanak. Betapa bestnye masa tu xdapat aku nak terangkan kat sini. Bergaul dan bermain dengan kawan-kawan kat kawasan tu merupakan zaman yang paling aku teringin nak ulang kalau ada mesin masa. Ingat lagi, aku terjatuh dari menunggang basikal dari atas bukit sampai ke bawah. Pasal kenakalan aku sendiri, macam biasa la orang lain gak yang dimarahnye. Apa nak buat, cucu kesayangan..

Masa dulu..

Keluarga kitorang semua berpindah keluar dari kawasan tu dan terus menetap di Shah Alam sampai ke hari ni. Basikal pertama aku, BMX kaler hijau spring lembut, dia yang belikan kat Klang Parade. Tiap-tiap minggu xpenahnye miss dia bawak aku dan adik cycling kat Bukit Cerakah. kalau x pun, kat Tasik Shah Alam tu la tempat kitorang beriadah. Dia seorang yang cergas, walaupun usianye xberapa muda. "Ni dah ada beskal, jangan bawak macam orang gile ye..". Tu pesan dia kat aku masa tu. Sebab dia tau aku nakal kot..

Masa dulu..

Aku menginjak ke alam remaja. Sering kali dia pesan supaya sentiasa fokus terhadap pelajaran. Dia suruh aku kenang pengorbanan ayah dan mak aku besarkan aku. Alhamdulillah, aku xtergolong dalam kategori budak sekolah yang jahat masa tu. Passed gak la exam walaupun xleh dibanggakan sangat. Bila dah masuk U, dia suruh belajar pandai-pandai sebab nanti boleh dapat kerja yang best-best. "Kalau dah ada kerja nanti, gaji pertama rasakan semua ahli keluarga sorang sikit ye Along. Kalau ada lebih, baru rasakan kat atuk dan nenek"..

Tahun lepas..

Dia jatuh sakit sampai xleh jalan. Antara sebabnye xpayah la aku bagitau kat sini. Cukup sekadar maklumkan yang dia sakit tua. Dari masa tu, nenek dan Ucu Arin aku la yang bersengkang mata jaga dia. Biasa la bila dah sakit, macam-macam ragam yang terpaksa dihadapi. Tapi berkat kesabaran, nenek aku langsung xlekang dari jaga dia.

Rabu, 18/11/2009..

Hari tu off day aku. Aku habiskan masa kat rumah je, xpegi mana-mana. Aku dimaklumkan yang dia sedang nazak. Nafasnye hanya di halkum saje. Dengan tenang, aku hanya berdoa yang terbaik dari Allah untuk dia. Dah lama sangat dia tanggung sakit tu. Kepala terasa sakit sangat. 2 biji Panadol Actifast jadi habuan masa tu, dan aku terus tertido waktu petang. Menjelangnye waktu Maghrib, ayah tergesa-gesa masuk bilik aku dan bagitau yang dia dah xde. Aku terus terbangun mendadak, nasib sakit kepala dah hilang. Terus bersiap pergi ke rumahnye di Seksyen 20 Shah Alam. Sampai je kat depan pintu, terbujur kaku jasad yang selama ini digelar Manager oleh pakcik dan makcik aku sebab sikapnye yang asyik menyebelahi aku dalam apa je keadaan. Kemas dibaluti kain putih, jasad yang selama ini tersenyum gembira bila ahli keluarga datang melawatnye, hanya diam sambil mata dan mulut tertutup rapi.. Dia dah xde..

Khamis, 19/11/2009..

Jenazah dimandikan dan seterusnye disolatkan di surau Seksyen 20 Shah Alam. Ramainye orang yang datang, memang xleh dibilang dengan jari. Guna kalkulator pun amek masa kot. DYMM Sultan Selangor juga mencemar duli dengan menghantar wakil istana untuk menghadiri upacara penegebumian. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Talkin dibacakan, dan betapa insafnye diri xleh nak kata la kan.

Hari Ini..

Aku mengadap netbook sambil taip post ni. Xtau kenapa, airmata semakin bergenang di kala post ni hampir sampai ke penghujung. Semua kenangan bersamanye secara automatik bermain macam slideshow dalam kepala ni. Orang banyak tengok aku suka, ceria. Tapi dalam hati siapa tau..

Haji Ibrahim bin Sulaiman, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang disayangiNya.

______________________________________________________

"Atuk, atuk suka Along keje apa bila dah besar nanti?"
"Kalau Along keje bank mesti cepat senang.."

No comments:

Post a Comment