Sunday, December 13, 2009

Ada Cinta..

Alahai. Baca tajuk pun macam sayu je bunyinye kan. Xpela. Korang layankan je la ek. Setelah lama xklua dengan post baru untuk lounge ni (xde idea untuk penulisan maya), kali ni aku try untuk share pendapat aku tentang 1 benda yang xkan boleh kita sangkal kewujudan dan impaknye terhadap hidupan yang bernama manusia atas muka bumi ni. Terdiri daripada 5 susunan huruf yang membentuk dan memberi makna kepada perkataan tu sendiri... Cinta.. Bergantung kepada perspektif individu, tetapi kali ni biar la kita berkongsi tajuk ni tepat kepada konteks cinta antara 2 insan (lelaki terhadap perempuan, atau perempuan terhadap lelaki ye).

Baru Kenal Cinta..
Rasa macam xkeruan. Buat apa pun serba xkena. Sebabnye?? Mungkin terlalu sibuk memikirkan si dia. "Agak-agak dapat x aku jumpa dia esok kat kelas?", "Dia tu dah la cun, xkan dia nak pandang aku ni?", "Patut ke aku call dia malam-malam ni? Xpasal-pasal dia xsuka aku lak nanti..". Ha! Tu antara skrip-skrip monolog yang memang biasa terlintas dalam kepala kita masa mula-mula nak kenal cinta. Pendapat dari orang yang kita suka sangat memainkan peranan penting dalam fasa ni. Situasi macam tu ada baik, ada gak buruknye. Yang baik tu, ia dapat buatkan kita berfikir untuk memperkemas atau mencantikkan diri. Dulu comot, bila dah ada yang berkenan dah xleh nampak serabut sangat. Yang buruknye pulak, time tu la hubungan dengan kawan-kawan jadi renggang. Yela, dah kemaruk sangat dengan orang yang diminati. Kawan-kawan tolak tepi la...

Sedang Bercinta..
Ok. Yang ni lak ada 2 senario. Pertama, pasangan yang asyik dilamun cinta. Masa ni la kalau kena simbah dengan larva gunung berapi, gerenti xcair punye. Suruh la buat apa-apa yang boleh menzahirkan cinta tu, memang laju je boleh dapat. Yang baiknye, hubungan 2 hala tu boleh dieratkan lagi dari masa ke semasa. Buat aktiviti riadah sama-sama, klua dengan family kedua-dua pihak sama-sama. Yang buruknye pulak, masa ni la maruah banyak yang tergadai, dan aku dah saksi dan rasa benda-benda macam ni kat fasa ni. "Kalau awak sayangkan saya, ni je buktinye tau. Kita rakam la, untuk kenang-kenangan..". Untuk kenangan?? Lepas tu satu Malaya la heboh video la, gambar lucah la. Biasa la tu. Tengah hangat bercinta kan.. Maruah bukan ada harga pun... Yang kedua lak, pasangan yang dah mula bosan dengan cinta. Masa ni la ada yang mula cari orang lain. Dengan alasan, pasangan tu xdapat bagi apa yang dihajati. Istilah mudah dan paling tepat untuk jenisan ni ialah kebendaan, atau materialistic. Lebih baik korang bercinta dengan duit, dari hancurkan hati orang yang menyayangi korang..

Lepas Bercinta..
Pun boleh jadi dua situasi. Cinta yang kecundang di tengah jalan, atau cinta yang berakhir dengan ikatan sah yang seterusnye kekal hingga akhir hayat. Orang selalu sangat cakap, cinta yang x ke mana tu disebabkan xde persefahaman. Kepada yang lelaki, lepas korang dah rosakkan anak dara orang baru la nak kata xde persefahaman ye?? Pandai!! Yang perempuan lak, dah puas korang sapu macam-macam daripada pasangan korang, siap pasang lain lagi dalam masa yang sama, baru la nak kata yang orang tu x sesuai la ek?? Bijak!! Kepada golongan yang macam ni, ingat dalam hidup ni ada karma. Buat baik lama-lama dibalas baik. Buat jahat, ye skang ni x kena lagi. Nanti-nanti turn korang la. Yang betul-betul komited terhadap cinta sampai berjaya menjadi raja sehari, semoga dipanjangkan jodoh dan hubungan mereka. Semoga kasih sayang antara suami isteri tu sentiasa mekar dari hari ke hari. Amin..
_________________________________

"Along, sampai bila lagi nak sorang? Mama ni hidup xlama. Tah sempat ke x nak dapat menantu sulung.."
"Ma, adik-adik lain kan ada. Along dah janji nak lepaskan si kak lang dulu. Xpe ma. Along jaga mama ayah jela ek..."

-- Am's iPod Touch. =)

Sunday, December 6, 2009

TaARUF~

boringnye malam ni.tak bleh tido plak.jadi untuk menghilangkan boring tu, bek r tulis kat blog am ni ha.

Nak cite r macam mane start2 kenal korangkat ambank...hehe

mizi-mase training,saya orang yang first datang (2nd day and seterusnye mizi lah org terawal dtg keje,sampai ktorg pon pelik ngan die.huhu~)...pastu masuklah encik mizi ni.dok sebelah sy. bese r.berkenalan.. sembang2.tanye keje mane,asal mane. etc.memang peramah orangnye..oklah.leh jd member.

joe-masuk2 je die dok side blah sane...sbb dah ade mizi,so sy tak byk tanye sgt la.just kenalkan diri je

pudin-ingatkan die ni senior r..sekali sebaya daa..mule2 sy takut nak ckp ngan die,cm garang je orgnye.start ok ngan die pn 2 3 hr after training tu..1st day tak sembang pon ngan die.huhu~

am-pada suatu hari,sy br abes break sorg2 kat tgkt 12 then nak naik lif,bapak penuh lif tu smpai takleh nak g tekan tgkt 18,pastu ckp je kat mamat yg dok dkt ngan butang lif tu soh tekan kan...tetibe mamat mane tah diri kat sblah sy ckp "dah tekan dah siti"hahaha.itu la am nye...balik je training room sy trus cite kat dak2 tu sume..dah knal da dak yg training kat sblh ni..huhu~

ratna-start jwb activation tu r...die baik giler ngan mizi.mizi r yg knal kan..mule2 nampak cm sombong..tapi sebenrnye friendly je orgnye.rasenye start rapat pas kt add facebook kan..

fraimee-1 hr tu kan..dpt email dr die,"cm soh kols cepat.sbb die reedem cash rebate tak credited pon kat acc die.die ckp siti patut inform die kalau tak masuk pon.sy dah ckp kat cm tu mungkin ade error mase siti reedem tu(kire dah backup sy kat cm r.hehe.bagus2)"...cuak gile taim tu.trus r g cr si fraimee ni...huhu~

fairus-1st day die kat ambank...mizi ajak lunch same n kenalkan die kt sy...

donny-sbb salu tgk die komen kat facebook am and ratna...pastu br r knl kt opis

syam-sbb takde amwins.time tu pulak asal tah asek dpt cm yg nak cek status je..cari punye cr punye cr org yg de amwins...sbb die dok side azrul n sy dok pulau tu,asek soh die cek kan je r.n die pon cm ok je kan...hehe.

lagi sape ha...

hah!...encik amin wei...

tau tak,time balik keje mase training dulu salu terserempak ngan die.sy salu turun ngan pudin g parking moto..jd pudin je yg sembang ngan die.huhu~.sekali tu pudin takde r.jadi die n sy je tunggu lif.die pon tanye r....

en A:awk dah jwb full kols da?
sy: blm..actvtn br
en A:mcm mn?ok tak?
sy:mule2 susah jgk...lame2 ok.
en A:kerja ni future die bagus....buleh pergi jauh la.awk rase cmne?
sy:sy tak pk cmtu plak encik amin.sy rase sy nak jadikan keje ni sementara je..sbb sy plan nak tukar dept sbb kerja ni tak seswai ngan jiwe sy
en A:owh...masing2 punye view kan..

balik tu menyesal tak sudah la ai...pandai2 je cite cmtu kt bos..esoknye taim training g bgtau cite sedey tu kat dak2 tu sume...huhu~

Saturday, December 5, 2009

Kolar Putih vs Kolar Xberapa Putih

White-Colored Executive

"Ala, I xdapat balik awal la hari ni. U bawak la anak-anak makan kat luar. Kad kredit I dah letak dalam purse u..".
"Guys, next week jela kita hang-out sama. This weekend Dato' ajak main golf la".
"Abah, pesan kat mak raya tahun ni xpayahla masak banyak-banyak. Abang xbalik kampung, banyak sangat keje ni".
________________________________

Working Class Heroes

"Anak sakit? Xpe jap lagi abang terus kemas gerai, kita bawak dia gi klinik".
"Geng, hujung minggu ni datang umah ye. Buat makan-makan skit untuk kawan-kawan".
"Mak, tahun ni raya jangan masak langsung. Abang dengan angah beli banyak dah".
________________________________

Dua senario berbeza, tapi rumusan terhadap satu perkara, sikap kita terhadap orang lain. Perubahan mendadak bila manusia mula mendapat apa yang dihajati selama ni. Lagi-lagi dalam masyarakat Melayu, selalu sangat dipertontonkan betapa cepatnye kita lupa pada asal usul.

Kalau dulu time blaja, kita boleh bersengkang mata blaja dengan kawan-kawan. Kos groupwork boleh share sama-sama. Bila ada yang berjaya dan yang lain xberapa berjaya, kenapa yang dah setapak ke depan tu boleh ejek kawan yang selangkah kat blakang? Kan dulu sama-sama ponteng klas, siap tumpang tido rumah lagi...

Kalau dulu masa kecik, kita boleh spend banyak masa borak-borak dengan mak ayah. Kacau mak tengah masak kat dapur, teramek seringgit dua dalam poket ayah buat beli aiskrim (hehehe). Kenapa bila dah boleh control hidup sendiri, kita lupakan 2 pasang tangan yang besarkan kita dulu? Kan dulu mak yang masak lauk feveret, ayah lak bagi duit untuk bayar yuran skolah...

Tahla. Sekadar renungan kita bersama. Sambil ingatkan diri sendiri gak. Dah banyak sangat jumpa orang macam ni. Haih, asam garam hidup..


-- Post From the Infamous iPod. =)

Monday, November 30, 2009

Hello Goodbye.. Goodbye Hello..

Hello Goodbye..

18hb May 2009, 1st day aku bergelar one of the newbies kat level 18 contact centre. 1 batch dengan arfah & sean (ngam dengan 2 orang ni je, ada lagi yang lain sebenarnye), bermula la hari2 permulaan kitorang bergelar echannel executive kat ambank. Time yang paling best, activation line. Tiap2 hari lumba dengan sean sape pickup paling banyak call. Dari mula sampai la skang ni jadi geng.

Makin lama kat situ, keje susah pun jadi senang (not applicable to housing loan). Kawan-kawan pun makin ramai. Nak senarai ke? Bleh la. Aku stat kenal siti, mizi & joe. Sam & michelle. Ratna. Geng-geng lorong haji taib. Xlupa gak kat geng-geng bakar nyamuk & kawan-kawan junior. Aku jenis xsuka buat problem, so dorang sume pun xde problem gak dengan aku. Hari-hari kat ofis ada kalanye best, sometimes suck jugak la.

Diam xdiam, dah 6 bulan lebih aku kat situ. Macam-macam jenis service issue aku dah encounter. Macam-macam gosip kawan-kawan dah dapat tau. Tau-tau, aku buat keputusan untuk beralih angin ke Tropicana. Ada transportation problem sebenarnye. Xkan nak ME je nanti kan. Dan aku terus membilang hari, sampai la tarikh hari ni...

29hb Nov 2009, last day aku kat level 18. Aku dok kat area sean, saje nak banyak abihkan masa bakar nyamuk dengan dia. Call sume pun macam xsusah pun. Lepas log-out je, aku terus kemas barang-barang kat dalam locker. Sambil tu aku banyak imbau balik memori masa kat situ. Level 18, tempat aku jumpa korang sume...
___________________________________

Goodbye Hello..

Esok, aku akan mulakan hari baru kat tempat baru. Yup, keje sume sama, jawab call, kena maki dengan stupid cm. Tapi aku tau akan ada yang lain. Aku dah xkan nampak ratna kat depan pc sambil earfon kat telinga. Dah xnampak siti jalan laju-laju untuk cari kak lia. Xdengar suara michelle marah balik kat cm. Xnampak usik-usik donny, sham & farid. Xde lagi wrap up lama-lama untuk bakar nyamuk dengan sean & the rest. Dan jugak gelagat kawan-kawan lain yang xsempat aku taip kat sini.

Aku ucap hello di awal kedatangan aku dan aku jumpa korang. Dan sekarang aku ucap goodbye untuk hello yang aku ucap seblom ni. All the best untuk korang, dan doa gak la untuk aku berjaya kat tempat baru.

~fare thee well..~

-- Post From the Infamous iPod. =)

Saturday, November 28, 2009

a queen of drama..

i wish i cn turn back time so there will b no drama in ma life bt wht to do i am nt God.
Since we move to lvl 18 ma life was totally suck!meeting new ppl r nt always fun.most of them r nice bt jz a group of ppl who think they r too good for nothing r totally annoy n disgust me.my tension always rise up when i see all this group of ppl.u think u r hot bt u r nt hun..in fact u guys such a pathetic person.shame on u!!
I nvr face this kind of drama.my health,appetite n skin all gt infected.its no fun anymore to come to work by surrounding all this jerk!
The crazy part was they tends to 'disturb' me even i dnt knw who the hell r they..arent its funny?bt luckily,between all the dramas,i still cn find a true frenship.nice man still exist in this world(esp in lvl 18).i dnt care bout all the jerks bt i do care ma true frenzzz..true frenship is all i want in ma life rather than a boyfren who knw hw to play on u..pray to the Almighty..aminnnn..

Life's A Bitch, So Deal With It


Fuh! Sejuk gile malam ni. Lega dah sampai rumah. Tadi lepak minum kat kedai mamak dengan kawan-kawan sekolah dulu. Ramai sangat dah berubah. Ada yang dulu kurus, skang dah gemuk. Yang dulu pendiam, skang dah xreti diam lak. Yang dulu single, tadi datang lepak bawak pasangan masing-masing (tang ni aku jeles skit). Tapi kan, ada sorang ni yang dulu slalu cakap besar, skang pun xpenah berubah. Makin menjadi-jadi lak.

Dulu dia cakap idola dia Tun Dr. Mahathir. Asal part cita-cita je, terus cakap nak jadi jutawan, orang yang terkenal. Tapi aku tengok kalau time keje, asik monteng. Lepas tu terus berenti keje. "susah la keje tu. dahla shift, keje sabtu ahad. dahtu keje berat lak tu". Hello kawan, ingat duit boleh turun dari langit ek? Keje MLM pun susah tau (aku anti-MLM by the way).

Impian tinggi gunung, tapi nak menapak setapak dua pun penat, give up. Aku kureng skit dengan orang-orang macam tu. Bagi aku, betul hidup perlu ada impian, tapi mesti la ada aim gak untuk capai impian tu. Jangan cakap besar sambil ketuk tin biskut kosong.

Sape-sape yang suka jadikan ahli politik tu idola kena slalu ingat. Dorang yang kat atas tu naik bukan terus diberi tangga. Usaha tu yang paling penting. Ni kalau borak cite bong bang bong bang dengan kawan-kawan, si amoi aku pun bleh buat..

Kalau pasal struggle dalam hidup ni, aku berpaksikan satu falsafah.. Life's a bitch, deal with it.
__________________________________

"aqem, boleh kongsi dengan klas cita-cita awk?"
"sy nak jadi doktor cikgu"

Hahaha! Cita-cita tipikal di zaman budak-budak.

-- Post From the Infamous iPod. =)

Thursday, November 26, 2009

Keje yg TaK BEst...

hari ni hari yang sangat tak best!..dapat banyak kols yang menyampahkan.Mule dgn kols pasal housing loan,cm yg terjerit-jerit kat telephone..iskh3.pastu staff ambank yg bajet terror,adoiii..tolong la.sy nak cari keje lain!!~..

*blog ni tak dibace oleh encik amin dan seangkatan dgn nye kan am?huhuu~

Saturday, November 21, 2009

DALAM KENANGAN...

Masa dulu...

Mak aku cakap, pantang apa je barang milik aku yang hilang dari pandangan, habis seisi rumah akan dimakinya. Silap sikit yang buat aku menangis, maka habis gakla pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku diherdiknya. Mak aku cakap gak, masa aku dilahirkan, dia sampai cuti beberapa hari untuk menyambut kelahiran cucu sulungnya. Aku dibesarkan betul-betul di depan matanya. Masih terbayang betapa aman dan tenteramnya dibesarkan di kawasan Istana Klang. Macam dalam cerita dulu-dulu berlatar zaman pemerintahan Sultan, macam tu gak la kawasan tu. Jelas terbayang lagi.

Masa dulu..

Usia aku menginjak ke alam kanak-kanak. Betapa bestnye masa tu xdapat aku nak terangkan kat sini. Bergaul dan bermain dengan kawan-kawan kat kawasan tu merupakan zaman yang paling aku teringin nak ulang kalau ada mesin masa. Ingat lagi, aku terjatuh dari menunggang basikal dari atas bukit sampai ke bawah. Pasal kenakalan aku sendiri, macam biasa la orang lain gak yang dimarahnye. Apa nak buat, cucu kesayangan..

Masa dulu..

Keluarga kitorang semua berpindah keluar dari kawasan tu dan terus menetap di Shah Alam sampai ke hari ni. Basikal pertama aku, BMX kaler hijau spring lembut, dia yang belikan kat Klang Parade. Tiap-tiap minggu xpenahnye miss dia bawak aku dan adik cycling kat Bukit Cerakah. kalau x pun, kat Tasik Shah Alam tu la tempat kitorang beriadah. Dia seorang yang cergas, walaupun usianye xberapa muda. "Ni dah ada beskal, jangan bawak macam orang gile ye..". Tu pesan dia kat aku masa tu. Sebab dia tau aku nakal kot..

Masa dulu..

Aku menginjak ke alam remaja. Sering kali dia pesan supaya sentiasa fokus terhadap pelajaran. Dia suruh aku kenang pengorbanan ayah dan mak aku besarkan aku. Alhamdulillah, aku xtergolong dalam kategori budak sekolah yang jahat masa tu. Passed gak la exam walaupun xleh dibanggakan sangat. Bila dah masuk U, dia suruh belajar pandai-pandai sebab nanti boleh dapat kerja yang best-best. "Kalau dah ada kerja nanti, gaji pertama rasakan semua ahli keluarga sorang sikit ye Along. Kalau ada lebih, baru rasakan kat atuk dan nenek"..

Tahun lepas..

Dia jatuh sakit sampai xleh jalan. Antara sebabnye xpayah la aku bagitau kat sini. Cukup sekadar maklumkan yang dia sakit tua. Dari masa tu, nenek dan Ucu Arin aku la yang bersengkang mata jaga dia. Biasa la bila dah sakit, macam-macam ragam yang terpaksa dihadapi. Tapi berkat kesabaran, nenek aku langsung xlekang dari jaga dia.

Rabu, 18/11/2009..

Hari tu off day aku. Aku habiskan masa kat rumah je, xpegi mana-mana. Aku dimaklumkan yang dia sedang nazak. Nafasnye hanya di halkum saje. Dengan tenang, aku hanya berdoa yang terbaik dari Allah untuk dia. Dah lama sangat dia tanggung sakit tu. Kepala terasa sakit sangat. 2 biji Panadol Actifast jadi habuan masa tu, dan aku terus tertido waktu petang. Menjelangnye waktu Maghrib, ayah tergesa-gesa masuk bilik aku dan bagitau yang dia dah xde. Aku terus terbangun mendadak, nasib sakit kepala dah hilang. Terus bersiap pergi ke rumahnye di Seksyen 20 Shah Alam. Sampai je kat depan pintu, terbujur kaku jasad yang selama ini digelar Manager oleh pakcik dan makcik aku sebab sikapnye yang asyik menyebelahi aku dalam apa je keadaan. Kemas dibaluti kain putih, jasad yang selama ini tersenyum gembira bila ahli keluarga datang melawatnye, hanya diam sambil mata dan mulut tertutup rapi.. Dia dah xde..

Khamis, 19/11/2009..

Jenazah dimandikan dan seterusnye disolatkan di surau Seksyen 20 Shah Alam. Ramainye orang yang datang, memang xleh dibilang dengan jari. Guna kalkulator pun amek masa kot. DYMM Sultan Selangor juga mencemar duli dengan menghantar wakil istana untuk menghadiri upacara penegebumian. Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam. Talkin dibacakan, dan betapa insafnye diri xleh nak kata la kan.

Hari Ini..

Aku mengadap netbook sambil taip post ni. Xtau kenapa, airmata semakin bergenang di kala post ni hampir sampai ke penghujung. Semua kenangan bersamanye secara automatik bermain macam slideshow dalam kepala ni. Orang banyak tengok aku suka, ceria. Tapi dalam hati siapa tau..

Haji Ibrahim bin Sulaiman, semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang disayangiNya.

______________________________________________________

"Atuk, atuk suka Along keje apa bila dah besar nanti?"
"Kalau Along keje bank mesti cepat senang.."

PLAYLIST.. DONE!!

YESS!!!

Settle gak playlist untuk blog ni. Puas cari mana satu website yang offer the most easiest playlist creator. Selak-selak balik magazine Junk yang aku slalu beli, last-last jumpa gak website MixPod.com. So dengan pantas aku upload skit lagu sebagai testing untuk page ni. & the result.. Fantabulous.. =)

Dari kul 11 lebih malam tadi aku dok mengadap netbook ni je untuk explore macam-macam. Ni dah dekat kul 3 pagi dah. Esok keje 9-6 lak tu. Layan jela labu..

Aku rasa dah sampai masa untuk tido. Lama-lama depan screen ni pun xde idea sangat nak tulis. Kepada kawan-kawan yang dah dapat invitation menurusi email tu, sila-silakan la accept ye. Boring lak aku jek tulis sorang-sorang kat sini nanti.

=)

Friday, November 20, 2009

PENDAHULUAN

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara..

Agak lama gak aku tinggalkan dunia blogging ni. Last skali masa time blaja kat Stamford dulu. Bila masing-masing dah abih blaja, dah klua cari keje sendiri, maka blog yang diusahakan dengan kerjasama rakan-rakan lain akhirnye terbengkalai macam tu je. Dan tumpuan aku beralih sepenuhnye kepada Facebook. Menyedari tiada ruang yang agak besar untuk berkongsi macam-macam yang ingin dikongsi, terus aku on netbook (seblomni online guna ipod touch je) dan buat page ni.

Langkah pertama aku, create playlist kat iMeem. Ada existing account kat Playlist.com tapi lagu-lagu dia banyak dah licensed. So xleh main langsung kat mana-mana webpage dalam Malaysia. Lepastu, sign-on Facebook untuk retrieve kawan-kawan punye email untuk aku invite join page ni. Sebagai permulaan, hanya beberapa orang saje yang aku listkan & kesemuanye member sekapal. Mungkin list tu akan bertambah kalau page ni aktif nanti..

Yang ketiga (dan terakhir aku rasa), mula fikir apa yang bakal dikongsi bersama rakan-rakan lain kat page ni nanti. Dari lagu-lagu yang bakal diupload ke playlist, sampai la isu-isu panas yang berlaku di sekeliling kita semua. Aku harap yang page ni dapat jadi tempat kita bersembang share macam-macam. Xkan Facebook dengan lepak kedai mamak je kot kan.

Kepada kawan-kawan, a very warm welcome dari aku. Check mailbox, accept invitation, and start bloggin. Sambung kat post lain ek.

=)