Alahai. Baca tajuk pun macam sayu je bunyinye kan. Xpela. Korang layankan je la ek. Setelah lama xklua dengan post baru untuk lounge ni (xde idea untuk penulisan maya), kali ni aku try untuk share pendapat aku tentang 1 benda yang xkan boleh kita sangkal kewujudan dan impaknye terhadap hidupan yang bernama manusia atas muka bumi ni. Terdiri daripada 5 susunan huruf yang membentuk dan memberi makna kepada perkataan tu sendiri... Cinta.. Bergantung kepada perspektif individu, tetapi kali ni biar la kita berkongsi tajuk ni tepat kepada konteks cinta antara 2 insan (lelaki terhadap perempuan, atau perempuan terhadap lelaki ye).
Baru Kenal Cinta..
Rasa macam xkeruan. Buat apa pun serba xkena. Sebabnye?? Mungkin terlalu sibuk memikirkan si dia. "Agak-agak dapat x aku jumpa dia esok kat kelas?", "Dia tu dah la cun, xkan dia nak pandang aku ni?", "Patut ke aku call dia malam-malam ni? Xpasal-pasal dia xsuka aku lak nanti..". Ha! Tu antara skrip-skrip monolog yang memang biasa terlintas dalam kepala kita masa mula-mula nak kenal cinta. Pendapat dari orang yang kita suka sangat memainkan peranan penting dalam fasa ni. Situasi macam tu ada baik, ada gak buruknye. Yang baik tu, ia dapat buatkan kita berfikir untuk memperkemas atau mencantikkan diri. Dulu comot, bila dah ada yang berkenan dah xleh nampak serabut sangat. Yang buruknye pulak, time tu la hubungan dengan kawan-kawan jadi renggang. Yela, dah kemaruk sangat dengan orang yang diminati. Kawan-kawan tolak tepi la...
Sedang Bercinta..
Ok. Yang ni lak ada 2 senario. Pertama, pasangan yang asyik dilamun cinta. Masa ni la kalau kena simbah dengan larva gunung berapi, gerenti xcair punye. Suruh la buat apa-apa yang boleh menzahirkan cinta tu, memang laju je boleh dapat. Yang baiknye, hubungan 2 hala tu boleh dieratkan lagi dari masa ke semasa. Buat aktiviti riadah sama-sama, klua dengan family kedua-dua pihak sama-sama. Yang buruknye pulak, masa ni la maruah banyak yang tergadai, dan aku dah saksi dan rasa benda-benda macam ni kat fasa ni. "Kalau awak sayangkan saya, ni je buktinye tau. Kita rakam la, untuk kenang-kenangan..". Untuk kenangan?? Lepas tu satu Malaya la heboh video la, gambar lucah la. Biasa la tu. Tengah hangat bercinta kan.. Maruah bukan ada harga pun... Yang kedua lak, pasangan yang dah mula bosan dengan cinta. Masa ni la ada yang mula cari orang lain. Dengan alasan, pasangan tu xdapat bagi apa yang dihajati. Istilah mudah dan paling tepat untuk jenisan ni ialah kebendaan, atau materialistic. Lebih baik korang bercinta dengan duit, dari hancurkan hati orang yang menyayangi korang..
Lepas Bercinta..
Pun boleh jadi dua situasi. Cinta yang kecundang di tengah jalan, atau cinta yang berakhir dengan ikatan sah yang seterusnye kekal hingga akhir hayat. Orang selalu sangat cakap, cinta yang x ke mana tu disebabkan xde persefahaman. Kepada yang lelaki, lepas korang dah rosakkan anak dara orang baru la nak kata xde persefahaman ye?? Pandai!! Yang perempuan lak, dah puas korang sapu macam-macam daripada pasangan korang, siap pasang lain lagi dalam masa yang sama, baru la nak kata yang orang tu x sesuai la ek?? Bijak!! Kepada golongan yang macam ni, ingat dalam hidup ni ada karma. Buat baik lama-lama dibalas baik. Buat jahat, ye skang ni x kena lagi. Nanti-nanti turn korang la. Yang betul-betul komited terhadap cinta sampai berjaya menjadi raja sehari, semoga dipanjangkan jodoh dan hubungan mereka. Semoga kasih sayang antara suami isteri tu sentiasa mekar dari hari ke hari. Amin..
_________________________________
"Along, sampai bila lagi nak sorang? Mama ni hidup xlama. Tah sempat ke x nak dapat menantu sulung.."
"Ma, adik-adik lain kan ada. Along dah janji nak lepaskan si kak lang dulu. Xpe ma. Along jaga mama ayah jela ek..."
-- Am's iPod Touch. =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ni pengalaman sndr eh?hehe~
ReplyDeleteManusia bercakap berdasarkan pengalaman. Ada antaranye pengalaman sendiri gak la. So skangni mmg sshla nk jumpa cinta. Kwn2, suka2 tu blehla kot.
ReplyDelete