Friday, January 1, 2010

Bila Pena Maya Kembali Mencoret..

Assalamualaikum kepada kawan-kawan yang mengikuti blog ini. Agak lama gak kan tiada sebarang update kat page ni. Aku sendiri pun kekurangan idea untuk menulis di sini. Banyak benda nak diceritakan. Tapi bila dah on netbook, dah log-in kat page ni, semua yang nak diceritakan tu hilang macam tu je. Jadi akhirnya page ni terbiar macam tu saja. Nak buat macam mana kan. Makin dibiarkan kemalasan ni, memang akan terus dormant la Lounge ni nanti. Jadi aku ambil langkah drastik untuk terus update page ni dengan post baru dalam hari pertama bulan pertama tahun yang baru iaitu tahun 2010.

Aku percaya, tahun 2009 telah tinggalkan kita dengan 1001 macam cerita. Ada suka, ada duka. Ada antara momen-momen penting, masa-masa bersejarah yang telah kita semua hadapi bermula Januari hingga Disember yang lepas. Ada yang dapat menggenggam segulung skrol akademik. Ada yang mendirikan rumah-tangga. Ada yang dikurniakan cahaya mata. Dan macam-macam cerita lagi yang muncul dalam kamus hidup masing-masing. Kepada mereka yang banyak mengecap kebahagiaan dalam tahun 2009, tahniah dan semoga kebahagiaan itu berkekalan sampai bila-bila. Kepada yang menempuh banyak rintangan pula, jangan jadikan ia sebagai alasan untuk berputus asa. Ingat, terowong itu ada 2 hala. Mula-mula masuk dan di pertengahan memang gelap sampai kita sendiri terus maju untuk cari di mana ia akan berakhir.

Aku?? Perjalanan yang aku tempuh tahun lepas memang aku xnafikan teramat berliku. Kalau korang faham istilah bell-shape, perjalanan aku stat dari bawah sampai aku berjaya naik atas walaupun xtinggi. Kemudian atas sebab-sebab yang tertentu, graf hidup tu jadi menjunam balik ke bawah. Bukan la susah aku tu macam diisytihar muflis ke, hilang mata pencarian ke. Alhamdulillah, Allah masih kurniakan aku rezeki walaupun aku tau aku insan yang selalu lupa perintahNya. Tapi yang aku perasan, satu benda yang Dia tarik daripada aku iaitu kebahagiaan @ happiness. Aku boleh urus hidup aku, aku ada kawan-kawan yang baru, aku ada kerja, mampu beli makanan dan pakaian sendiri. Tapi bila aku ada sedar, boleh kata aku ada semuanya kecuali kebahagiaan.

Aku teramat suka dengan budak kecil. Terasa seperti hilang semua bebanan dalam kepala bila meluangkan masa dengan mereka. Kat rumah, ada seorang ni yang memang dah ada dari dia baby lagi dengan keluarga aku. Anak kepada pak uda aku, jadi dia merupakan sepupu aku la kan. Tapi aku lagi senang menganggap dia seperti anak kerana beza umur yang sangat besar. Balik je dari kerja, aku dapat tenangkan diri aku dengan cara bermain-main dengan dia, bawak dia naik motor jalan-jalan sana sini. Aku panggil dia Amoi sebab rupa dia yang memang macam anak Cina atau Jepun. 31/12/09, macam biasa aku dukung dia kat depan rumah, tunggu mak dia ambil. Bila mak dia sampai, terus mak dia cakap, "Hari ni last day Amoi kat sini. Mak uda nak hantar dia kat nursery. Lagipun nanti mak uda nak pindah Puchong". Agak terkedu jugak la perasaan aku masa tu. Sedih xyah nak cerita la kan. Aku hanya mampu kemas barang-barang dia, botol, susu dia semua bagi kat mak dia. Aku dukung dia sekali lagi, letakkan dia kat dalam kereta. Masih terbayang masa dia lambai kat aku dari dalam kereta. Hari ni, yang ada pun hanya Teddy dia dan basikal kaler pink yang baru je aku beli untuk dia xsampai sebulan. Plastik kat seat dengan handle tu pun xbukak lagi...

Sabtu ni iaitu 02/01/10, angah aku lak nak balik UiTM Perak untuk sambung semester akhirnya kat sana. So, aku hilang lagi sorang kawan yang aku rasa paling rapat dengan diri aku. Berapa bulan dia praktikal kat Shah Alam, macam-macam aktiviti kitorang buat. Masa aku tengah taip post ni, dia tengah sibuk kemas barang-barang dia. Diam je dia minggu akhir dia kat sini. Memang bosan la hidup aku lepas ni. Lepas sorang-sorang orang yang rapat dengan aku hilang. Xpela kan..

Mungkin lagi sekali aku akan mulakan tahun baru dengan perjalanan yang berliku. Ada lagi perkara yang sedih yang xdapat aku ceritakan di sini. Mungkin di post yang lain. Harap-harap aku ada kekuatan untuk hadapi permulaan yang penuh mencabar ni dengan tenang. Mungkin juga aku akan jadi lebih aktif selepas ini di page ni. Ada orang luar dari friend's list kat Lounge ni cakap suka dengan cara penulisan aku. Tah betul atau tidak, wallahualam..
______________________________________________________

geng, cerita la banyak-banyak kat page ni. xdela aku selalu bosan nanti..

4 comments:

  1. so sweet org mcm awk ni suke budak2..
    slalunye org laki ni mls ckit nk lyn bdk2 tp awk len..ala,xyah sedih2..kalo rindu kt amoi tu,g umh die,jmpe die..

    ReplyDelete
  2. Sy dr kecik lg dh tbiasa dgn bdk2. Mak dulu jd babysitter b4 dia aktif dgn dunia facial & spa dia. So dh terikut cara dia lyn bdk2 kecik. Betul tu, xbnyk laki yg bleh ngam dgn bdk2. Alhamdulillah sy ni jd lain skit dr dorg.
    Thanx.. =)

    ReplyDelete
  3. ni muhasabah tahun baru 2010 ye am?..

    ~bhgia tu dtg dr hati yg tenang & Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang~(^_^)

    ReplyDelete
  4. Thanx ye siti. =)

    Hrp2 sumenye nanti akn jd ok..

    ReplyDelete